Pakej Mesir 3 Bandar

All around the world

Best price guarantee

Small group tour

Affordable tour package
Description
Menjelajahi dan menelusuri sejarah peradaban Mesir Purba dan keagungan Islam di 3 Bandar Mesir
Penginapan 4 Bintang
Malay-Style Vacation
Tanpa Compulsory Stops
tour plan
Cairo - Alexandria - Fayoum
Departure
KLIA
Destinations
Mesir
Include
Tiket penerbangan kelas ekonomi oleh syarikat penerbangan antarabangsa dengan elaun bagasi
Penginapan selama 5 malam di Cairo dengan sarapan pagi setiap hari
Makan tengahari dan makan malam di restoran tempatan
Lawatan mengikut jadual perjalanan
Pemimpin lawatan
Bas berhawa dingin dengan pemandu berpengalaman
Exclude
Insurans perjalanan
Perkhidmatan dobi, minibar dan perkhidmatan lain yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan.
Perkhidmatan atau lawatan lain yang tidak dinyatakan dalam jadual perjalanan
Tip untuk pemandu pelancong dan pemandu bas (RM180)
Itinerary
Hari 01 : KUALA LUMPUR - CAIRO
Setibanya anda di Lapangan Terbang Cairo, wakil kami akan menyambut mesra ketibaan anda dan membawa anda menikmati makan malam sebelum mendaftar masuk dan berehat di hotel dan bersedia untuk hari esok yang penuh dengan keajaiban.
Hari 02 : CAIRO - GIZA - CAIRO (MP/MT/MM)
Hari bermula dengan sarapan pagi di hotel sebelum anda dibawa meneroka kawasan Piramid dan Sphinx yang terkenal di Giza. Setelah menikmati pemandangan agung Piramid Khufu, Khafre dan Menkaure yang menjadi saksi ketamadunan Mesir Kuno berusia lebih 4,500 tahun itu, anda akan dibawa makan tengahari di restoran tempatan dan kembali ke hotel untuk bermalam di Cairo.
Hari 03 : CAIRO - ALEXANDRA - CAIRO (MP/MT/MM)
Sarapan di hotel. Lawatan dimulakan dengan perjalanan menaiki bas menuju ke sebuah bandar yang terletak di persisir Laut Mediterranean iaitu bandar Alexandra. Seusai tiba disana, lawatan pertama yang dituju adalah menikmati keindahan Taman Montazah dan dan keagungan Kubu Sultan Qaitbay yang penuh dengan sejarah.
Seterusnya, anda akan dibawa menelusuri kegemilangan zaman ilmuan islam purba Alexandria di Perpustakaan Iskandariah dan Masjid Al- Mursi Abu Al-Abbas yang merupakan masjid terbesar disini.
Disini, anda juga akan dibawa menziarahi maqam Imam al-Busairi, maqam Luqman al-Hakim dan maqam Nabi Daniel. Seterusnya, kembali ke Cairo dan makan malam di restoran sebelum pulang ke hotel untuk berehat.
Hari 04 : CAIRO - FAYOUM - CAIRO (MP/MT/MM)
Seawal pagi, anda akan dibawa menuju ke Fayoum, sebuah kawasan yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan sejarahnya yang tersendiri. Setibanya anda di Fayoum, anda akan dibawa melawat ke Kincir Air Nabi Yusuf A.S. Kemudian, lawatan diteruskan ke Tasik Qarun, sebuah tasik semula jadi tertua di Mesir dan diikuti dengan kunjungan ke Jabal Mudawwarah.
Seterusnya, anda akan dibawa meneroka ke kawasan Wadi Rayyan untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti makan tengahari, mandi di air terjun, mencuba sandboarding di bukit pasir, menaiki sampan, menunggang kuda dan safari offroad yang mencabar (aktiviti pilihan). Setelah selesai aktiviti, lawatan berakhir dengan pulang ke Cairo untuk berehat.
Hari 05 : SULTAN SALAHUDDIN CITADEL & AL-AZHAR UNIVERSITY & MOSQUE (MP/MT/MM)
Hari yang penuh dengan penerokaan baru dimulakan dengan sarapan di hotel sebelum anda dibawa ke Kota Kubu Salahuddin Al-Ayubi. Seterusnya, melawat ke Masjid dan Universiti Islam tertua dan paling berpengaruh di dunia, iaitu Al-Azhar University. Lawatan diteruskan ke Masjid Saidina Al-Hussein, tempat tumpuan ramai untuk berziarah dan menimba ilmu rohani.
Setelah itu, anda akan dibawa ke tempat membeli belah dan menikmati suasana tradisional masyarakat mesir Islam di Bazaar Khan El Khalili yang sangat terkenal dengan barangan antik, cenderamata dan makanan tempatan. Makan tengahari dan makan malam disajikan di restoren tempatan sebelum pulang ke hotel dan bermalam untuk berehat
Hari 06 : CAIRO (MP/MT/MM)
Selepas menikmati sarapan hotel, rombongan memulakan lawatan ke Muzium arkeologi tertua di Timur Tengah yang menempatkan koleksi terbesar peninggalan zaman Firaun di dunia iaitu Muzium Mesir. Pelawat berpeluang menyaksikan sendiri artifak berharga dan kisah peradaban purba Mesir yang menakjubkan.
Lawatn diteruskan ke Maqam Imam Shafie’ , seorang tokoh agong Islam, diikuti dengan kunjungan ke Masjid Amr Ibn Al-As, masjid pertama yang dibina di Afrika. Setelah selesai, anda akan menikmati makanan tengahri di restoren tempatan sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Cairo bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
Hari 07 : KUALA LUMPUR ARRIVAL (MOB)
Insha Allah selamat tiba di KLIA 1
| Travel Date | Flights |
|---|---|
| 28 Apr – 06 May 2023 | Qatar Air |
| 29 Apr – 07 May 2023 | Qatar Air |
| 04 May – 12 May 2023 | Etihad |
| 08 May – 17 May 2023 | Etihad |
| 10 May – 19 May 2023 | Turkish Air |
| 11 May – 19 May 2023 | Etihad |
| 13 May – 21 May 2023 | Etihad |
| 17 May – 25 May 2023 | Turkish Air |
| 18 May – 26 May 2023 | Emirates |
| 20 May – 28 May 2023 | Etihad |
| 25 May – 03 Jun 2023 | Turkish Air |
| 26 May – 04 Jun 2023 | Etihad |
| 23 Jun – 01 Jul 2023 | Turkish Air |
| 26 Jun – 04 Jul 2023 | Turkish Air |
| 06 Jul – 14 Jul 2023 | Emirates |
| 07 Jul – 15 Jul 2023 | Emirates |
| 08 Jul – 16 Jul 2023 | Emirates |
| 15 Jul – 23 Jul 2023 | Emirates |
| 21 Jul – 29 Jul 2023 | Emirates |
| 04 Aug – 12 Aug 2023 | Emirates |
| 25 Aug – 02 Sep 2023 | Emirates |
| 02 Sep – 10 Nov 2023 | Qatar Air |
| 09 Sep – 17 Nov 2023 | Emirates |
| 16 Sep – 24 Sep 2023 | Emirates |
| 23 Sep – 1 Oct 2023 | Emirates |
| 30 Sep – 8 Oct 2023 | Emirates |
| 07 Oct – 15 Oct 2023 | Emirates |
| 08 Oct – 16 Oct 2023 | Emirates |
| 14 Oct – 22 Oct 2023 | Emirates |
| 15 Oct – 23 Oct 2023 | Emirates |
| 21 Oct – 29 Oct 2023 | Emirates |
| 22 Oct – 31 Oct 2023 | Emirates |
| 28 Oct – 5 Nov 2023 | Emirates |
| 04 Nov – 12 Nov 2023 | Emirates |
| 11 Nov – 19 Nov 2023 | Emirates |
| 18 Nov – 26 Nov 2023 | Emirates |
| 25 Nov – 03 Dec 2023 | Emirates |